Selain barang makanan di rumah, terdapat beberapa barangan lain sebenarya yang mempunyai tarikh luput.

 

 

Tetapi memandangkan barang-barang ini bukanlah bersifat perishable, ramai yang menganggap barang-barang ini akan kekal buat selama-lamanya.

1. Bantal

  • 2-3 tahun

Tidak kiralah bantal jenis apa, selalunya selepas beberapa tahun hama habuk akan berkumpul pada bantal tersebut. Jika tidak digantikan, anda boleh berhadapan risiko sakit leher kerana bentuk bantal sudah berubah.

2. Selipar

  • 6 bulan

Sentiasa basuh selipar anda jika nada tidak ingin mengalami jangkitan kulat.

3. Span

  • 2 minggu

4. Loofah’ Ataupun Kain Penggosok Tubuh

  • 6 bulan

Span dan loofah akan mula mengumpul kulat. Rendam dalam air mendidih untuk menmbersihkannya.

5. Tuala

  • 1-3 tahun

Tuala basah merupakan tempat sesuai untuk bakteria membiak.

6. Berus Gigi

  • 3 bulan

Kebiasaanya kita hanya akan menggantikan berus gigi apabila bulunya mula terkeluar. Sebenarnya, jika anda terkena penyakit selsema atau demam, lebih baik anda menukarkannya kepada yang baru sahaja.

7. Hidrogen Peroksida

  • 2 bulan

Dalam masa 2 bulan selepas dibuka cecair ini akan bertukar menjadi air jika dibiarkan terdedah. Jika ditutup, ia tidak patut disimpan melebihi setahun.

8. Berus Rambut

  • 1 tahun

Bersihkan berus rambut sekali seminggu dan gantikannya sekali setahun.

9. Minyak Wangi

  • 1-3 tahun

Jika ia mengandungi minyak pati, ia boleh bertahan selama 3 tahun, manakala selama hanya 2 tahun jika dibiarkan terdedah.

10. Puting Getah Bayi

  • 2-5 minggu

Kuman boleh membiak apabila terdapat ‘retakan’ pada getah1 tersebut.

11. Kerusi Kereta Bayi

  • 6-10 tahun

Bahan dalam kerusi tersebut akan kehilangan bentuk asalnya apabila disimpan melebihi 10 tahun. Ia akan menjadi kurang selamat untuk digunakan.

12. Bra

  • 1-2 tahun

Jika bentuknya mula berubah, atau ia rasa lebih ketat atau longgar, ataupun kurang selesa, lebih baik jika dibuang sahaja.

13. Kasut Sukan

  • 1 tahun

Kusyen yang terdapat pada kasut akan berkurangan, dan memakai kasut tersebut menjadi berbahaya pada sendi kaki.

14. Rempah Ratus

  • 1-3 tahun

Lama-kelamaan, bau dan rasanya semakin berkurangan.

15. Tepung

  • 6-12 bulan

Tepung gred rendah dapat tahan selama setengah tahun manakala yang gred tinggi dapat bertahan selama setahun.

16. Alat Pemadam Api

  • 15 tahun

Jika terdapat apa-apa kerosakan padanya, seperti hos yang retak, ia patut dibaiki segera.

17. Kabel extension

  • 1-2 tahun

Jika digunakan dengan melebihi had, ia akan cepat rosak.

18. Cecair Pembasmi Kuman

  • 3 bulan

Selepas 3 bulan, ia akan kehilangan fungsinya.

19. Cecair Penghalau Nyamuk

  • 2 tahun

Selepas 2 tahun, ia sudah tidak berfungsi lagi.

20. Soket dinding

  • 4-5 tahun

Gantikan dengan yang baru jika ia kepanasan ataupun apabila warnanya mula menghilang.

Kredit : Taiko TV