13 Amalan RAHSIA Untuk Dipercepatkan Jodoh

Image result for 13 Amalan RAHSIA Untuk Dipercepatkan Jodoh


1. Jaga solat di awal waktu. Doa selepas solat fardhu sangat makbul. Lelaki jaga solat berjemaah di Masjid. Allah janji orang jaga solat adalah orang Allah. Allah janji ambil tanggungjawab ke atasnya termasuk jodohnya dan kehidupannya..

2. Betulkan niat perkahwinan untuk Redha Allahdan Allah semakin sayang. Sangka baik apa pun kerana Allah sayang. Itulah sebenarnya

3. Baca Yassin setiap pagi. Allah mudahkan segala urusan hati itu. Yang tiada jalan keluar pun Allah mudahkan.

4. Baca surah Al-Waqiah setiap malam, Allah jauhkan dari kepapaan dan kesempitan.

5. Berterus terang dengan orang yang baik dan disukai untuk menerima sebagai suami atau isteri. 

6. Jaga mak ayah dengan baik. Doa mak ayah sangat dan teramat penting.

7. Menerima orang ikhlas dalam hubungan yang segera ingin bernikah dengan kita. Jika tidak mahu bernikah itu tanda tidak ikhlas. Nikah itu kemuliaan. Lupakan orang yang tidak ikhlas.

Tidak wajar orang baik seperti saudara saudari berkorban untuk orang yang tidak ikhlas. Hidup perlu diteruskan. Bahagia dari Allah.

8. Cari kebaikan semua orang dan suka cari silap diri sendiri. Sebab kita tiada apa-apa. Semua milik Allah.

Jangan pandang rendah pada sesiapa dan terlalu takjub hebat sangat dunia seperti cantik, hensem, kaya, kereta, rumah dan lain-lain. Semua dari Allah. Dia beri dan dia boleh ambil. Kita semua sama. Segalanya milik Allah.

9. Bangun tahajud setiap malam walaupun 2 rakaat. Doa terus menuju kepada Allah. Sangat makbul. Tahajud kemuliaan dan ketinggian seorang mukmin. Semua orang Allah sayang tak tinggal tahajud..

10. Maafkan semua orang dan minta maafwalaupun rasa tak salah. Rasa sayang pada semua orang. Jika tak mampu, nampak yang tak berkenan di mata, doa ya Allah, dia lagi baik dari saya. Tukar buruk dia kepada baik. Minta kawan-kawan doakan. 

11. Banyak senyum dan sedekah kemudian doa supaya Allah mudahkan dan beri yang terbaik. Jangan kedekut tolong orang dan belanja orang terutama keluarga sendiri. Kedekut buat diri sendiri bagus. Tapi pada orang lain tidak bagus.

Orang suka sedekah segala yang baik, Allah cepatkan termasuk perkahwinan jika kita nak. Suka sedekah, pasti semua sakit, penyakit, masalah, dengki orang, dan lain-lain semua boleh sembuh. Rahsia sedekah.

Sebab apa hebat sedekah? Sebab itu janji Allah pemilik segalanya yang kita tahu dan juga yang kita tak pernah tahu dan kayanya tidak berhajat pada apa pun.

12. Yakin selama ini apapun berlaku kerana dia sayang. Dia ingin beri perkara terbaik buat saudara saudari. Tidak pernah kita duga begitu sayangnya Allah.

Tiada siapa tahu melainkan bila kita sampai di sana. Bukan kerana dosa atau benci. Tapi kerana Allah terlalu sayang saudara saudari semua. Dia nak bagi yang paling baik.

13. Jauhi yang haram dan dosa kerana kita tidak bahagia bukan kerana tiada pasangan tapi sebab kita buat dosa. Janji Allah kita tenang bila kita ingat Allah.

Ia juga akan menarik orang yang baik dan ikhlas serta rajin akan tertawan kepada kita seperti magnet. Itulah kuasa Allah.

Islam itu mudah kepada orang yang hatinya kenal Allah. Kehidupan ini pun mudah bila kita kenal Allah. Perkahwinan itu mudah bila kenal Allah.

Ya Allah ya Rahim kawan-kawan ku ini semuanya baik-baik..ya Allah berilah kawan-kawanku yang baik ini, inginkan kebaikan, soleh dan solehah ini pasangan yang baik, rajin bekerja dan berusaha, lemah lembut, jaga agama, daie, sayang keluarga, pemaaf dan orang yang takwa.

Ya Allah mudahkanlah dan segerakanlah buat semua kawan-kawanku ini ya Allah. Ya Allah jadikanlah segalanya asbab hidayah

Ameen Ya Rabbal Alamin. (komen aamin diruangan komen)

Janji Allah SWT itu Pasti

Alhamdulillah, memang benar segala apa yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Liew ini. Selagi kita menjadi orang yang soleh dan sentiasa dekat dengan Allah, pasti Allah janjikan jodoh serta aturan yang terbaik dalam hidup kita.

Melalui pengalaman saya sendiri, bermula dari saya di matrikulasi (18 tahun) saya sudah mula berdoa agar Allah swt menjodohkan saya dengan lelaki yang baik.

Yang apabila saya melihat wajahnya, akan sentiasa mengingatkan saya padaNya. Agar saya tidak pernah lari dariNya.

Ketika rakan-rakan lain dah ada yang berpasang-pasangan, saya lebih suka sendiri. Kerana saya hanya ingin menyerahkan yang hak pada yang HALAL bagi saya.

Alhamdulillah, Alhamdulillah janji Allah itu pasti. Saya mendapat jodoh yang terbaik untuk diri saya. Juga menantu yang baik untuk Umi Ayah, serta bapa yang baik untuk anak saya.

Nasihat Untuk Yang Masih Bujang

Nasihat saya pada yang masih bujang, jangan mudah rasa terasing di kala rakan sebaya sudah berkeluarga. YAKINlah yang Allah pasti punya rencana yang terbaik untuk anda semua.

Dan jangan lupa amalkan 13 amalan rahsia mempercepatkan jodoh ini ye. Saya doakan semoga Allah swt temukan anda dengan jodoh yang baik, dan in shaa Allah berkekalan sehingga ke syurga abadi..

Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk anda, anda boleh tekan butang LIKE & SHARE di bawah. Semoga lebih ramai kawan-kawan anda yang masih bujang dapat mengamalkan tips rahsia ini. Dan semoga ianya juga dapat menjadi pencen kubur kita dalam membantu usaha orang lain untuk membina masjid.

Kredit : Khadijah DdyFedora